Thursday, 16 February 2012

One Four Three



pertama kali aku memandang wajahmu
seribu kali hatiku berkata
engkau hanya tercipta untukku


BAB 1

Langkah Alisya diatur ke wad peribadi yang menempatkan seorang insan yang sangat disayangi.
    ”Assalamualaikum Uncle!”ucap Alisya dengan girang sambil menolak daun pintu wad peribadi itu.Insan istimewa yang digelar Uncle itu ialah Tan Sri Rhiduan iaitu sahabat baik merangkap rakan kongsi kepada arwah ayah Alisya.Arwah ayah Alisya ialah seorang ahli korporat yang terkenal dan telah membuka banyak syarikat terkemuka di Malaysia.Semenjak Alisya menjadi anak yatim piatu,Tan Sri Ridhuanlah yang selalu mengambil berat tentang Alisya.Segala masalah yang dihadapi Alisya akan dikongsikan dengannya.Alisya hanya menpunyai seorang abang sahaja.Tetapi semenjak Tan Sri Ridhuan diserang penyakit jantung dan terpaksa dimasukkan ke hospital,Alisya jarang bertemu dengannya.Hanya beberapa kali sahaja.Alisya bimbang akan terserempak dengan isteri Tan Sri Ridhuan iaitu Puan Sri Nur Aisyah.Selama ini mereka berjumpa secara senyap-senyap kerana Puan Sri Nur Aisyah tidak menyukai Alisya kerana kisah silam yang masih menghantui dirinya.
   ”Waalaikumussalam.”jawab Tan Sri Ridhuan sambil tersenyum melihat anak arwah sahabatnya yang dianggap seperti anaknya sendiri.
   ”Uncle apa khabar?Isya rindu sangat dekat Uncle.”ujar Alisya seraya bersalam dengan Tan Sri Ridhuan.
   ”Uncle sihat.Uncle pun rindukan Isya juga.”matanya tidak lepas daripada memandang gadis comel itu.
   ”Uncle dah makan?”
   ”Erm..dah.Tapi semua makanan tawar.Takde selera Uncle nak makan.Tak sedap langsung!”adu Tan Sri Ridhuan.
   “Hish!Uncle ni..dah namanya dekat hospital mana ada makanan best.”ujar Alisya sambil tertawa.
   “Isya tak kerja ke hari ni?”
   ”Kerja.Kan sekarang lunch hour.So,sempat la datang jenguk Uncle kejap.”Tan Sri Ridhuan hanya mengangguk-anggukkan kepala. ”Untie tak datang ke hari ni?”
   ”Dah.Pagi tadi tapi kejap aje.Katanya ada mesyuarat dengan Persatuan Wanita-wanita dia tu.”ujarnya sambil tangannya diangkat ke paras bahu dan jarinya dibuat seperti tanda pengikat kata.Geli hati Alisya dengan reaksi yang dibuat oleh Tan Sri Ridhuan sebentar tadi yang mengejek isterinya sendiri.
   ”Erm..takpe lah Uncle lain kali pula lah Isya datang jenguk Uncle lagi,ya?lunch hour dah nak habis dah ni.Lagipun kejap lagi ada appointment dengan patient.Isya minta diri dulu ya.Take a good rest ya Uncle.”minta Alisya lalu bersalam dengan Tan Sri Ridhuan.
   ”Yelah tuan doktor.Nanti kalau ada masa datang la jenguk Uncle dekat sini.Uncle boring la duduk sorang-sorang dekat sini.Nak harapkan Antie kamu dengan anak-anak Uncle tu entah bila la nak spend time lama dengan Uncle dekat sini.Hati-hati jalan tu.”
   ”Yelah Uncle.Assalamualaikum.Bye..”Sebelum keluar dia sempat melambaikan tangan kepada Tan Sri Ridhuan.

                                                                  **************************************

”Hai.Awak Alisya kan?Ingat saya lagi tak?”sapa seorang lelaki yang dari tadi asyik merenung Alisya dari jauh.Rimas juga Alisya dengan sikap lelaki itu yang asyik memandangnya.Aku tahulah aku ni cantik tapi tak payah la nak tenung aku macam tak pernah tengok perempuan cantik.rungut Alisya dalam hati.Sungguh dia amat rimas dengan renungan tajam lelaki itu.
   ”Ya.Saya Alisya.Err..ada apa ya?”
   ”Awak masih ingat saya lagi?”tanya lelaki itu.
    ’Erm..siapa erk?Kejap!bukan ke dia ni best student dekat universiti aku dulu ke?’fikir Alisya sambil memerhati wajah insan dihadapannya.
   ”Err..awak ni best student dekat universiti dulu kan?nama awak Firdaus kan?”tanya Alisya untuk kepastian.
   ”Ya,jangan la cakap macam tu.Saya biasa-biasa jer.”dalih lelaki itu.
   ”But it is true right?So,macam mana awak boleh kenal saya?.”tanyaku sambil tersenyum manis.
   ”Awak lupa ke yang kite pernah satu kelas dulu?Dan awak kan penghuluwati time orientasi dulu.”
   ”Oh ya,lupa pula saya.”jawab Alisya malu-malu.
   ”Awak kerja sini ke?Tak pernah nampak pun sebelum ni? ”tanya Alisya.
   ”Ya.Saya baru lapor diri semalam.”
   ”Oh..what a small world.Bukan ke lepas graduate dulu awak sambung belajar ke UK kan?Kenapa tak terus kerja dekat sana?”
   ”Yup!Ramai orang tanya saya soalan tu.Tapi bagi saya lebih baik kita berkhidmat untuk negara kita sendiri,kan lagi baik?”jawab Firdaus.
   ”Betul tu.”sokong Alisya akan kata-kata Firdaus tadi.Alisya meneliti jam tangannya.Sudah pukul lima petang!Alisya sudah hampir terlupa yang dia telah berjanji dengan abangnya untuk pergi ke taman rekreasi menemani anak saudaranya.
   ”Erm..Firdaus,i think i have to go now.Saya hampir terlupa yang saya dah berjanji dengan anak  saudara saya untuk temankan dia ke taman.”pamit Alisya sopan.
   ”Okay.Saya pun dah nak balik juga ni.Jom kita turun sekali?saya pergi ambil barang saya dulu ya?”
   ”Okay.”jawab Alisya ringkas.Alisya mengemas dokumen-dokumen penting lalu dimasukkan ke dalam beg laptopnya.Sebentar kemudian Firdaus muncul kembali di meja Alisya.
   ”So,shall we go now?”Alisya hanya menganggukkan kepala mengiakan pertanyaan daripada Firdaus.Mereka sama-sama berjalan ke tempat parkir kereta sambil berbual-bual kosong.
   ”Alisya letak kereta dekat mana?”tanya Firdaus setelah tiba di aras bawah tanah yang khusus dibuat untuk kakitangan yang bekerja di hospital itu untuk memudahkan lagi mereka memarkir kenderaan mereka.Tidaklah mereka harus berebut-rebut untuk mendapatkan tempat letak kereta dengan pelawat.
   ”Kat sana.”jawab Alisya sambil menunjuk arah keretanya diparkir
   ”Kalau macam tu saya pergi dulu lah,ya?”pamit Firdaus sopan.
   ”Baiklah.Assalamualaikum.”
   ”Waalaikumussalam.Hati-hati drive.See you tomorrow!”Firdaus melambai tangan sebelum pergi meninggalkan Alisya.
   ”Kenapa kau baru muncul untuk mendekati aku Firdaus?”bisik Alisya sambil memerhati kereta Firdaus meluncur laju meninggalkan perkarangan Hospital Ampang.Sebenarnya Firdaus bukanlah asing mana di hati Alisya kerana ketika di Universiti dulu Alisya pernah menaruh perasaan terhadap Firdaus secara senyap-senyap.Tiada sesiapa yang tahu kecuali Allah dan sahabat baik Alisya sendiri.
    Alisya segera masuk ke dalam keretanya.Dia harus bergegas menuju ke rumah abangnya di Kota Damansara.Alisya memulakan pemanduannya dengan Bismillah.
    Bunyi telefon bimbitnya mengganggu konsentrasi Alisya untuk memandu.Dia bergegas mengambil telefon bimbit di dalam beg sandangnya.Tertera nombor dan nama abangnya di skrin telefon.’Ini mesti Syakira yang telefon ni.Maafkan maksu ya sayang.’Alisya mencapai earphone bluetoothnya lalu menjawab panggilan itu.
   ”Hello.Assalamualaikum maksu!maksu dekat mana?puas Kira tunggu tau.”rengek si kecil itu manja.
   ”Waalaikumussalam.Maksu minta maaf ya Kira?Maksu banyak kerja sikit hari ni.Tapi Kira jangan la risau sebab maksu dah on the way dah ni.”Alisya memberi penjelasan kepada keponakannya itu.Semasa Alisya sedang bercakap dengan anak saudaranya dia ternampak Firdaus memberhentikan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah syarikat kontraktor yang agak terkenal di Malaysia.Apa yang Firdaus buat di situ?Mungkin ada urusan agaknya.Fikir Alisya.
  Fikiran Alisya menerawang mengingati pertemuan sebentar tadi.Alisya tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan jejaka yang diidaminya dahulu.Tetapi itu dahulu.Apakah patut aku kembali menaruh harapan kepadanya?dia belum berpunya lagikah?entah-entah dah beranak-pinak.
   ”Maksu!are you still there?”tegur Syakira dengan nada merajuk kerana ibu saudaranya tidak menghiraukan rengekannya tadi menyebabkan Alisya kembali tersedar bahawa dia sepatutnya memberi perhatian kepada Syakira sekarang ini.
   ”Yess.I’m still here.what it is dear?”
   ”Maksu ni.Dah nak kering tekak Kira bercakap.Ingatkan maksu dengar.You know what?today you made a lot of mistake with me.”rungut Syakira tentang sikap maksunya yang kelihatan berlainan hari ini tidak seperti biasa itu.
   ”Sorry la sayang.I promise that i won’t repeat it again,okay?Sorry okay?”Alisya memohon maaf kepada satu-satunya anak saudaranya atas sikapnya hari ini.Selalunya Alisya tidak begini.Jika Syakira berceloteh,dia akan memberi sepenuh perhatian kepada si kecil itu dan memberi respond jika Syakira bertanya atau mengajaknya kemana-mana.Tetapi hari ini terlalu banyak yang harus difikirkan.Fikirkan kerja dan tentang pertemuan sebentar tadi.Ah!lupakan saja hal tadi.Semakin difikirkan semakin menyaratkan otakku ini.Lagipun kalau ada jodoh takkan kemana.Sekarang aku harus tumpukan perhatianku kepada satu-satunya anak saudaraku ini.Alisya cuba menepis keluar hal yang mengganggu fikirannya sekarang ini.
   ”Alright.I forgive you.But don’t do this again okay?”
   ”Thanks darling.Okay i promise i won’t do this again.Kita jumpa dekat sana tau.Assalamualaikum.”
Alisya tersenyum sendiri mengingati telatah anak saudaranya walaupun masih kecil tetapi sikapnya seperti orang dewasa dan petah berbahasa inggeris.Nurul Syakira Adlina,anak kepada satu-satunya abang yang Alisya ada iaitu Khalish Danial.Syakira seorang anak yang baik.Tapi sayang,dia tidak sempat menemui ibunya kerana ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan Syakira.Syakira pernah bertanya kepada papanya tentang rupa paras ibunya.Kata papanya wajah ibunya mirip sekali dengan wajah Syakira.Benar,wajah Syakira hampir-hampir seiras dengan arwah Kak Liana.Syakira memiliki kulit yang putih gebu kemerah-merahan,hidung mancung dan mata bundar persis arwah ibunya.Begitu juga pada perwatakannya yang sopan dan pemalu itu.Syakira sering dibawa ke Syarikat FS Holding yang ditadbir oleh Khalish.Khalish mahu anaknya menjadi seorang yang pandai bergaul dan pandai memilih apa yang baik dan menjauhi apa yang buruk.Dia tidak mahu Syakira menjadi anak yang terlalu manja dan bongkak atas kekayaan yang mereka miliki.Alisya pernah menberi cadangan kepada abangnya agar berkahwin lagi tetapi cadangan itu ditolak sopan oleh abangnya.Khalish berkata yang dia masih mampu memberi secukupnya kasih sayang kepada Syakira.Alisya mengerti perasaan abangnya yang mungkin masih belum bisa melupakan arwah isterinya itu.

Mohon komen ye pembaca sekalian~
kalau ade kkrgn sila la maafkan..huhu












Wednesday, 11 January 2012

Impian di awangan..hahaha

i think i want to write a novel..
what is ur opinion?
if syida nak buat pon..not now la..
skunk ni baru ade satu bab je..
nanti cuti baru nk smbung..
klu sesape yg terbukak blog ni..sila lah bace klu time tu syida dah publish la..
n sebarang komen amat diperlukan untuk memperbaik ape yg patut..sekian..

Friday, 6 January 2012

resepi ketupat sotong kelantan

hari ni belajar dgn mama masak ketupat sotong..
rindu nak makan ketupat sotong tpi xde org nak masakkan..
thats why la syida buat keputusan untk belajar buatnya sendiri..
sorry la xsempat nak ambik gambar..huhu

Bahan2:

  • sotong dalam 10 ekor(terpulang kat korang la nak letak brape)
  • 1/2 keping gula melaka
  • garam
  • santan
  • air
  • daun pandan
  • 5 biji bunga cengkih
  • beras pulut
  • lidi(untuk cucuk sotong tau,bukan untuk dimakan..hehe)
Cara2:

Mula2 kite kene basuh beras pulut tadi sampai bersih.then,rendam beras pulut tadi dgn santan cair selama 30 minit camtu la..lepas tu masokkan beras tadi yg bersama santan kedalam sotong 1/3 je n tutup sotong tu dgn kepala dia dan pin la dgn lidi tadi.masokkan sotong ke dalam periuk,masokkan air sikit dan santan sikit ke dalam periuk tadi serta bunga cengkih.masokkan juga sedikit garam dalam 1/2 sdk..rebus dulu sotong tu bersama dengan bahan2 tadi sehingga empuk.jika ia sudah empuk,masokkan santan pekat sikit dan gula melaka.lepas ia nampak dah masak n rasa pon dah ok,boleyh la dihidangkan kepada ahli keluarga untuk dijamah..so,selamat mencuba!!

My First Entry

This is my first entry..
i hope u guys boleyh la bagi tunjuk ajar kpd saya yg baru nak berlajar
untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan ini..
kalau korang xsuke..sila2 la komen ek..paipai!